
KUANTAN - Pasukan Cobra Berkat yang mewakili Maran tunjuk taring apabila membenam pasukan Warriors dari Rompin 7-0 dalam perlawanan akhir Kejohanan Liga Dodgeball JPNIN Pahang.
Pada pusingan separuh akhir pertama, pasukan juara itu berjaya menyingkirkan D’ Bera dengan mata 4-3, sementara Warriors membenam kemaraan pasukan Chini Dragon.
Sebanyak enam pasukan mewakili Zon Kawasan Rukun Tetangga (KRT) masing-masing iaitu dari Cameron Highlands, Kuala Lipis, Maran, Bera, Pekan dan Rompin mengambil bahagian dalam kejohanan itu yang berlangsung di ruang legar Kuantan Parade.
Pengurus pasukan Cobra Berkat, Mohd Radzuan Mat Amin berkata, kejayaan itu diperoleh hasil komitmen semua pemain yang bekerja keras walaupun menerima tentangan sengit sejak dari peringkat kumpulan.
“Memang tidak diduga kerana sasaran awal kami hanya untuk bertahan sehingga ke saingan separuh akhir.
“Saya gembira dan berbangga dengan pasukan ini yang berjaya membawa pulang gelaran juara walaupun berhadapan dengan pasukan lebih berpengalaman,” katanya kepada Sinar Harian.
Seorang pemain Cobra Berkat yang juga Timbalan Pengerusi Jiran Muda KRT Berkat Makmur, Mohamad Muzammir Awang Besar berkata, dodgeball kini semakin mendapat perhatian belia yang menjadikan sukan itu sebagai aktiviti riadah mereka seperti futsal.
:“Menariknya, sukan ini dikaitkan seperti permainan rakyat kanak-kanak zaman dahulu iaitu bola beracun atau bola chap,” katanya.
Sumber:sinar harian Pahang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan