SELAMAT DATANG KE BLOG YANG TAK BERAPA NAK ROCK

Selasa, 13 Disember 2011

Kaabah dicuci dengan air Zamzam


MAKKAH: Gabenor Makkah, Putera Khaled Al-Faisal, mengetuai upacara membersihkan Kaabah, bangunan paling suci, menggunakan air Zamzam yang dicampur dengan air mawar, semalam.

Majlis itu dihadiri oleh sebilangan besar tokoh terkenal, antaranya Ketua Presiden Dua Masjid Suci, Sheikh Al-Hosain dan Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam, Ekmeleddin Ihsanoglu.

Kenamaan lain yang turut hadir di majlis itu termasuk Menteri, Fouad Haji Al-Farsy, Datuk Bandar Makkah, Osama Al Bar dan Timbalan Gabenor Makkah, Abdul Aziz Al Khodairy.

Beberapa diplomat dari negara Islam dan pegawai Masjidil Haram turut hadir di majlis itu.

Bahagian dalam Kaabah, dicuci dua kali setahun – pada Muharram dan Syaaban, bulan pertama dan kesembilan dalam kalendar Hijrah.

Kaabah, yang terletak di dalam kompleks Masjidil Haram yang luas, adalah penting kepada agama Islam dan menjadi kiblat kepada semua orang Islam di dunia ketika menunaikan solat.

Berjuta-juta umat Islam datang ke Baitullah untuk menunaikan sebahagian rukun haji setiap tahun.

Melakukan tawaf dengan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan, adalah satu rukun wajib umrah dan haji.

Khamis, 17 November 2011

Harimau muda baham garuda 1-0

Malaysia menjuarai kumpulan A dengan memperolehi 10 mata selepas menundukan pasukan tuan rumah dengan 1-0. Syahrul Azwari penjaring gol tunggal malaysia pada minit ke-16 setelah mengantikan Wan Zarulnizam.

Gambar:Pemain Malaysia, Syahrul Azwari Ibrahim (kiri) meraikan jaringannya bersama Izzaq Faris Ramlan dan Mohd Fandi Othman selepas beliau menjaringkan gol.

Pejaga gawang Malaysia telah bertindak cemerlang menyelamatkan banyak cubaan bahaya,syabas Khairul Fahmi. Nazmi, pemain harapan nagara juga dianggap terbaik. Pemain yang membuat aku seikit kecewa adalah Izzaq Faris kerana banyak peluang diakhiri kehampaan.

Malaysia bermain dengan baik sekali pada separuh masa pertama. Untuk separuh masa yang kedua tahap permainan Malaysia dah mula menurun sedikit, banyak cubaan Indonesia di separuh masa kedua. Keseluruhan permainan Malaysia hari ini boleh dianggap terbaik,berbanding perlawanan-perlawanan sebelum ni dalam saingan kumpulan A. kalau begini la cara malaysia main, Insya Allah emas milik kita.

Perlawanan akan datang Malaysia menentang Myanmar.

Isnin, 14 November 2011

Asal usul Maran 2 versi

Versi yg pertama


Nama Maran berasal dari nama sebuah sungai kecil yang mengalir dari Hulu Teladas ke Ulu Kampung Luit. Walaubagaimanapun, menurut cerita dari seorang batin orang asli yang bernama Batin Tawang bin Isa yang tinggal di Kampung Merbau berhampiran Kampung Serengkam, nama Maran itu berasal dari cerita dahulukala dimana kira-kira tujuh orang asli sedang bermalam ditepi sebuah sungai (sungai Maran sekarang).

Sedang mereka tidur, mereka telah dikejutkan oleh satu lembaga yang dikatakan adalah jelmaan harimau jadian. Enam dari orang asli itu berjaya melarikan diri dan meninggalkan seorang dari sahabatnya bersama-sama dengan lembaga itu. Tetapi lembaga itu tidak mengapa-apakan orang asli itu tetapi membahasakan dirinya sebagai 'Maran' atau 'Sahabat' serta menyuruh orang asli tadi menuruti sahabat mereka semula dengan menyusur sungai. Dalam perjalanan asli tadi menggelarkan sungai itu dengan nama Sungai Maran. Kesahihan cerita tadi tidak dapat dipastikan kerana cerita sebenar yang berdasarkan fakta sejarah tulen masih belum terbongkar hingga ke masa ini.


Versi yg kedua

Yang ni aku dapat kat blog Maranayamkampung.blogspot.com

Nama Maran tercetus daripada perkataan “Baran”dan Mengaran”. Terdahulu, di tepi Sungai Luit yang tidak jauh dari Bandar Maran wujud beberapa buah kampung sekitar tahun Masehi 1250. Antaranya Kampung Mergeh, Kampung Belada, Kampung Subuh, Kampung Kuala Luit, Kampung Gorak dan Kampung Merbau. Ia merupakan antara perkampungan terawal di sekitar kawasan Bandar Maran.
Penduduk di kampung tersebut selalu berulang alik ke kawasan Paya Baran berhampiran Sungai Luit untuk menangkap ikan. “Baran” di sini bermaksud hutan di kawasan yang mempunyai pelbagai jenis ikan seperti keli dan haruan. Kawasan tersebut kemudiannya menjadi pilihan penduduk setempat untuk bermalam dan ada juga yang terus berpindah ke kawasan tersebut.
Perkampungan baru ini masih belum mempunyai nama sendiri dan menurut orang kampung keadaan sedemikian dinamakan “mengaran”. Penduduk di kawasan tersebut kemudiannya sepakat menamakan penempatan baru itu sebagai Maran yang dipadankan perkataan “mengaran” dan “baran”. Maran daripada sebuah hutan yang diteroka kemudiannya berubah menjadi sebuah bandar yang membangun pada hari ini.

Maksud di sebalik lambang Negeri Pahang.




"Mata cogan berbentuk daun kopi itu semuanya diperbuat daripada emas termasuk penongkok dan taran.Tujuan dipilih logam emas itu ialah melambangkan bahawa dalam tahun 1862 emas merupakan hasil masyur yang utama di Negeri Pahang.Keduanya tiada kebal yang boleh menahan senjata yang diperbuat dari emas.Gading yang bersilang dibawah daun kopi itu melambangkan bahawa ketika itu gading gajah terdapat dengan banyaknya serata negeri Pahang sehingga ia menjadi satu perdagangan yang besar.Kalimah " Ya La Tif " bermaksud yang lemah lembut.Simboliknya pemerintah tidak menggunakan kekerasan." Ya La Tif " juga dijadikan azimat yang berguna."

Jumaat, 28 Oktober 2011

Malaysia menyambut Aidiladha pada 6 November

KUALA LUMPUR – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 6 November, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan malam ini.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Haji bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 6 Nov 2011,” katanya.

Sumber: Bernama

Rabu, 5 Oktober 2011

Petua Imam Syafi'e

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

Selasa, 13 September 2011

3 lagu metal tempatan yang masih tak jemu aku dengar

1.Tangisan embun pagi dari langsuyr

Aku rasa lagu ni memberi kesan yang mendalam dalam jiwa aku, dengan susunan lagu,
lirik, vocal yang mantap., terbaik



2. Beyond the serpent scream dari Athotorgh

Lagu ni membawa mood aku happy, walaupun aku tak memiliki demo ni (cuma
copy lagu ni je).

3. Kiss of the whisper dari Sil khannaz

Entah kenapa lagu ni cukup kuat mempengaruhi jiwa aku. Walaupun masa ni
diorang mengunakan drummer import (drum michine).


p/s; lagu-lagu ni era 90an., Lagu baru pun banyak yang best, tapi aku dah kurang
ikuti dunia metal.

LORI DAN KANOPI UNTUK DISEWA

EZYS CANOPY menyediakan perkhidmatan sewa kanopi dan lori.
bagi kawasan Temerloh dan kawasan kawasan yang sewaktu denganye.


Kepada sesiapa yang berminat memerlukan perkhidmatan tersebut boleh la
menghubungi:-


SYUKRI : 017-9673007
ZAKI : 019-3866746
M.BAKI : 017-9679946
SUHAIDI: 013-9175730


EZYS CANOPY (CT0005588-V)
PK 10, KAMPUNG PAYA KECIL,
28000 TEMERLOH,
PAHANG.

Jumaat, 2 September 2011

Aktiviti masa lapang


Air tebu memang popular di bulan ramadhan, hinggakan penanam tebu menaikan harga bekalan tebu. Nak tak nak, pengusaha air tebu terpaksa beli juga. Walaupun harga bekalan mahal pengusaha air tebu tetap untung.

Aku ada juga menanam tebu,tapi di celah-celah anak pokok getah yang masih kecil. Sementara nak tunggu getah besar, dapat juga aku mengunakan ruang tanah yang ada untuk tanam tebu. Aku tanam tebu ni sebab tak perlu penjagaan rapi, lagipun aku jarang sangat ada masa.(sibuk manjang, entah benda yang jadi sibuk aku sendiri pun tak tau)

Aku masih baru dengan penanaman tebu ni, aku hanya belajar melalui internet. hanya teori je yang aku tahu, praktikal main redah je. Sebab tu la tebu yan aku tanam naik tak sama. Tapi takpe ni adalah pengalaman pertama, aku belajar dari pengalaman.







Untuk tanaman yang akan datang, aku harap tebu ni akan naik sama tinggi. Baru la semangat sikit nak buang daun.

Khamis, 1 September 2011

Ke klinik di raya ke-3

Assalamualaikum dan salam aidilfitri


Demam bukanlah pekara baru di musim perayaan, tak kira la warga emas,dewasa, remaja, kanak-kanak mahupun bayi. Termasuk la anak aku yang walaupun dia masih berusia 9 bulan.

Pagi lagi aku dah ke klinik kerajaan bawa anak aku yang sejak semalam demam, selsema, batuk. aku sangka kan hari ni tak ramai orang ke klinik maklum la hari ni masih lagi cuti. Setiba di klinik dah ramai yang menunggu giliran.

Kalau nak ikutkan malas aku nak tunggu lama-lama kat klinik, demi anak aku tunggu juga. Nak pergi klinik swasta semua klinik swasta kat tempat aku ni tutup.


muka Aqil ketika demam



Terima kasih kepada Kakitangan klinik kesihatan maran yang bertugas hari ini. Walaupun cuti korang tetap kerja hari ni.


Untuk kalian aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN


Rabu, 31 Ogos 2011

raya bersama anak pertama

Assalamualaikum dan selamat hari raya aidilfitri..


pejam celik pejam celik dah pun habis puasa. Rasa baru lagi berpuasa, syawal dah pun menjelma. Begitu cepat masa berlalu. Terharu pun ada, gembira pun ada.

Ok aku cite bab terharu dulu. Bila takbir di pagi raya hati aku sayu je, ape tidaknya rasa tak puas lagi berpuasa. Ntah sempat ntah tidak, dengan ramadhan tahun depan.

Bab gembira ni bila aku balik je dari sembahyang raya, tengok anak pakai baju baru. Ni la raya pertama bersama anak pertama.





Sebelum mengakhiri entri yang ringkas ni, sekali lagi aku nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin



Sabtu, 20 Ogos 2011

Dodol oh dodol


Jika dulu dodol adalah salah satu hidangan hari raya yang wajib ada.ia digemari semua peringkat umur,dari kanak-kanak hinggalah warga emas.sekiranya rumah tersebut tiada dodol,kurang la seri hari raya.itu cerita dulu,sekarang tidak lagi.


Sekarang kalau kita pergi beraya,entah berapa buah rumah je yang menghidangkan dodol,ini kerana kebanyakan orang sekarang bekerja makan gaji.untuk membuat dodol mengambil masa yang agak lama,yang paling malas nak mengacau kena pulak bulan puasa.


Ni la gambar mesin pengacau dodol yang aku ambil dekat rumah mak mertua aku.,




Zaman maju serba moden,mesin pengacau dodol telah di cipta bagi memudahkan kerja-kerja mengacau dodol.dengan adanya mesin ni kita boleh buat kerja lain,cuma sekali-sekala je kena jengguk,bagi memastikan dodol tak melekat terlalu banyak pada pengacau mesin.

Yang paling mudah nak buat dodol ialah dengan hanya memerlukan duit je.hulur duit dodol dah siap,lagi mudah.
Dikesempatan ini aku nak ucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Khamis, 4 Ogos 2011

'Kami bukan monyet'

Hari ni banyak blog menceritakan pasal 2 pemain malaysia di hina oleh isteri ketua pasukan Singapura di laman twitternya hidayah17, menggelar Safee dan Amirul tidak ubah seperti monyet kerana percubaan melakukan tendangan lipat serentak pada perlawanan antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai lalu.



Penyerang sensasi negara, Safee Sali bernada kecewa apabila tampil menuntut agar Hidayah Shahril - isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak membuat permohonan maaf secara gara-gara membuat kenyataan berbaur penghinaan kepadanya dan rakan sepasukan.

“Saya cukup tersinggung dengan kata-kata isteri Shahril, apa lagi suaminya adalah antara sahabat saya yang turut beraksi di liga Indonesia. Malah Shahril juga meminta jersi saya selepas perlawanan tempoh hari sebagai tanda persahabatan kami, tetapi kenyataan isterinya amat menyinggung perasaan saya.”

“Kami memandang serius perkara ini kerana ia menyentuh keperibadian seorang pemain profesional negara,” kata Safee dalam satu kenyataan kepada media.

“Buat masa sekarang, kami belum memikirkan untuk sebarang tindakan undang-undang, tetapi cukup sekadar dia memohon maaf dan menyatakan kekesalannya kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian serta berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa depan.

Menurut Safee, memandangkan pasukan Singapura akan lebih kerap ke Malaysia musim depan, begitu juga sebaliknya, dia mahu isu ini diselesaikan segera supaya tidak timbul suasana tidak diingini apabila pemain terbabit kembali ke sini.

Ape-ape pun Safee Sali tetap profesinal dalam menangani pekara-pekara macam ni.

Cobra Berkat benam Warriors




KUANTAN - Pasukan Cobra Berkat yang mewakili Maran tunjuk taring apabila membenam pasukan Warriors dari Rompin 7-0 dalam perlawanan akhir Kejohanan Liga Dodgeball JPNIN Pahang.

Pada pusingan separuh akhir pertama, pasukan juara itu berjaya menyingkirkan D’ Bera dengan mata 4-3, sementara Warriors membenam kemaraan pasukan Chini Dragon.

Sebanyak enam pasukan mewakili Zon Kawasan Rukun Tetangga (KRT) masing-masing iaitu dari Cameron Highlands, Kuala Lipis, Maran, Bera, Pekan dan Rompin mengambil bahagian dalam kejohanan itu yang berlangsung di ruang legar Kuantan Parade.

Pengurus pasukan Cobra Berkat, Mohd Radzuan Mat Amin berkata, kejayaan itu diperoleh hasil komitmen semua pemain yang bekerja keras walaupun menerima tentangan sengit sejak dari peringkat kumpulan.

“Memang tidak diduga kerana sasaran awal kami hanya untuk bertahan sehingga ke saingan separuh akhir.

“Saya gembira dan berbangga dengan pasukan ini yang berjaya membawa pulang gelaran juara walaupun berhadapan dengan pasukan lebih berpengalaman,” katanya kepada Sinar Harian.

Seorang pemain Cobra Berkat yang juga Timbalan Pengerusi Jiran Muda KRT Berkat Makmur, Mohamad Muzammir Awang Besar berkata, dodgeball kini semakin mendapat perhatian belia yang menjadikan sukan itu sebagai aktiviti riadah mereka seperti futsal.

:“Menariknya, sukan ini dikaitkan seperti permainan rakyat kanak-kanak zaman dahulu iaitu bola beracun atau bola chap,” katanya.

Sumber:sinar harian Pahang

Selasa, 2 Ogos 2011

Kurma Jordan River dari Israel



Tadi, semasa di kedai runcit aku terpandang pada muka depan kosmo yang terdapat artikel pasal kurma dari Israel. Kemudian aku cuba cari dalam internet, aku jumpa dalam blog chegubard.Ni la sedikit artikel yang aku copy, nak baca lebih lanjut pergi ke http://chegubard.blogspot.com/2011/07/jangan-beli-kurma-jordan-river-malaysia.html

Kurma menjadi produk tumpuan ketika Ramadhan. Jangan terpedaya, ada dalam pasaran negara Kurma jenama Jordan River. Jika anda membeli Kurma ini ia umpama berbuka puasa dengan darah dan air mata anak Palestin.

Kurma ini didapati berasal dari Israel. Dibawa masuk ke beberapa buah negara seperti Afrika Selatan dan Singapura dan kemudian dibungkus semula sebelum dibawa masuk ke beberapa negara Islam seperti Malaysia.

Harap kita tidak membeli kurma Jordan River dari Israel.

Sumber: chegubard.blogspot

Isnin, 1 Ogos 2011

Keputusan pusingan ke2 kelayakan piala dunia zon asia

Malaysia 1 - 1 Singapura
(Singapura layak agregat 6-4)

Hong Kong 0 - 5 Arab Saudi
(Arab Saudi layak agregat 8-0)

Vietnam 2 - 1 Qatar
(Qatar layak agregat 4-2)

Indonesia 4 - 3 Turkmenistan
(Indonesia layak agregat 5-4)

Bangladesh 2 - 0 Lubnan
(lubnan layak aregat 4-2)

Kyrgyztan 0 - 3 Ubekistan
(Ubekistan layak agregat 7-0)

Tajikistan 0 - 4 Syria
(Syria layak agregat 6-1)

Loas 1 - 6 China
(China layak agregat 13-3)

Filipina 1 - 2 kuwait
(Kuwait layak agregat 5-1)

Myanmar 0 - 2 Oman
(Oman layak agregat 4-0)

Nepal 1 - 1 Jordan
(Jordan layak agregat 10-1

penduduk malaysia kini 28.3 juta

Jumlah peduduk malaysia kini mempunyai 28.3 juta, dengan bilangan lelaki melebihi wanita, demikian menurut laporan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.

Penduduk lelaki kini adalah 14.56 juta orang dan wanita 13.77 juta orang,

Purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan pula ialah sebanyak 2 peratus untuk tempoh 2000 hingga 2010, menurun berbanding 2.6 peratus bagi tempoh 1991 hingga 2000.

Selangor mempunyai taburan penduduk tertinggi di Malaysia dengan 5.46 juta diikuti Johor (3.35 juta) dan Sabah (3.21 juta) manakala negeri yang mempunyai penduduk paling sedikit ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu 72,413 orang dan Wilayah Persekutuan Labuan (86,908).

Negeri yang mempunyai kepadatan penduduk paling tinggi pula ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu 6,891 orang diikuti Pulau Pinang (1,490) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1,478).

Katanya seiring dengan perkembangan pembangunan negara, perkadaran penduduk bandar meningkat kepada 71 peratus pada 2010 berbanding 62 peratus pada 2000.

28.3 juta penduduk Malaysia yang terdiri daripada 91.8 peratus warganegara dan 8.2 peratus bukan warganegara, kumpulan etnik yang terbesar ialah bumiputera iaitu 67.4 peratus, Cina (24.6), India (7.3) dan lain-lain (0.7).

Di kalangan warganegara Malaysia, Melayu adalah etnik utama di Semenanjung Malaysia iaitu 63.1 peratus manakala Iban mencatatkan 30.3 peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat di Sarawak sementara Kadazan/Dusun merekodkan 24.5 peratus di Sabah.

Jumaat, 29 Julai 2011

Waktu berbuka dan imsak bagi negeri pahang 2011




Boleh copy & paste terima kasih.

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak

dari ada rockblog,

Singa baham harimau 6-4

Walaupun tewas kepada Singapura tahniah buat Khairul Fahmi kerana berjaya menyelamatkan bola dari serangan bahaya Singapura, dan Safee Sali kerana menjaringkan gol pada minit ke57.

Manakala gol Singapura pula di jaringkan oleh Shi Jiayi pada minit ke 72. Ramai juga pemain-pemain Sinapura yang mempunyai bakat dalam bidang lakonan. Seandainya Singapura tewas pada pusingan ke 3 nanti, bolehlah pergi uji bakat pilih kasih pada musim akan datang.

"andalah pelakon yang kami cari"


Secara keseluruhannya permainan skuad kebangsaan masih banyak lagi perlu diperbaiki, terutama di bahagian pertahanan.

Kepada Skuad Harimau Malaya, walaupun tewas di tangan Singapura, terima kekalahan ini sebagai langkah positif dalam mengecapi kejayaan dimasa akan datang.

Khamis, 28 Julai 2011

senarai menteri besar pahang dari tahun 1948 hingga sekarang

Mungkain ramai yang tak tau siapa menteri besar pahang yang pertama dan yang seterusnya.Ada juga yang tak tau YAB Dato' Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob menteri besar yang ke berapa.....termasuk la aku.,
terima kasih akuanakpahang kerana bagitau.



MENTERI BESAR PAHANG YANG PERTAMA

Dato' Setia Wangsa Sir Mahmud Bin Mat
MCS., OBE
01.02.1948 hingga 01.02.1951

MENTERI BESAR PAHANG YANG KEDUA

Y.A.M Tengku Panglima Perang Tengku Mohamad Ibni Al Marhum Sultan Ahmad CBE
01.02.1951 hingga 01.02.1955

MENTERI BESAR PAHANG YANG KETIGA

Orang Kaya Indera Shah Bandar Tun Haji Abd Razak Bin Dato' Husain MCS
01.02.1955 hingga 15.06.1955
( Menjadi Perdana Menteri Malaysia Yang Kedua)

MENTERI BESAR PAHANG YANG KEEMPAT

Y.A.M Tengku Panglima Perang Tengku Mohamad Ibni Al Marhum Sultan Ahmad CBE
15.06.1955 hingga 08.01.1957

MENTERI BESAR PAHANG YANG KELIMA

Dato' Kurnia Paduka Raja Abdullah Bin Tok Muda Ibrahim PKT., MCS.
09.01.1957 hingga 18.07.1959

MENTERI BESAR PAHANG YANG KEENAM

Orang Kaya Indera Pahlawan Wan Abdul Aziz Bin Engku Haji Abdullah
18.07.1959 hingga 05.05.1964

MENTERI BESAR PAHANG YANG KETUJUH

Tok Bentara Raja Tan Sri Hj Yahya Bin Haji Mohd Seth
SIMP., PSM., JSM., PJK., JP.
05.05.1964 hingga 31.08.1972

MENTERI BESAR PAHANG YANG KELAPAN

Dato' Kurnia Bistari Haji Abdul Aziz Bin Ahmad
DIMP., AMN., JP.
01.09.1972 hingga 31.08.1974

MENTERI BESAR PAHANG YANG KESEMBILAN

Dato' Sri Mohamad Bin Jusoh
SSAP., SIMP., DIMP., JSM., AMN.
01.09.1974 hingga 18.07.1978

MENTERI BESAR PAHANG YANG KESEPULUH

Dato' Haji Rahim Bin Abu Bakar
DSAP., SMP., AMN.
18.07.1978 hingga 06.11.1981

MENTERI BESAR PAHANG YANG KESEBELAS

Dato' Haji Abdul Rashid Bin Haji Abdul Rahman
SIMP., DSAP., SMP., KMN., PPN., PJK.
07.11.1981 hingga 04.05.1982

MENTERI BESAR PAHANG YANG KEDUA BELAS

Orang Kaya Indera Shahbandar Dato' Sri Mohd. Najib Bin Tun Haji Abd Razak
SSAP., AMN., PPN., PJK.
04.05.1982 hingga 14.08.1986
(Sekarang menjadi Perdana Menteri Malaysia Yang Keenam)

MENTERI BESAR PAHANG YANG KETIGA BELAS

Tan Sri Haji Mohd Khalil Bin Yaakob
SSAP., SIMP., PSM., DSAP., JSM., SMP.
14.08.1986 hingga 22.05.1999
(Sekarang menjadi Yang Di Pertua Negeri Melaka)

MENTERI BESAR PAHANG YANG KEEMPAT BELAS

YAB Dato' Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob
SSAP., DSAP., DGSM.
25.05.1995 hingga sekarang.


Sumber Rujukan : http://akuanakpahang.blogspot.com

Tertembak adik dengan senapang patah buatan sendiri

MARAN - Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dari Kampung Orang Asli Bangas di sini yang melepaskan tembakan dengan tanpa sengaja sehingga menyebabkan kematian adik perempuannya, Siti Nordiana Rahim, 10, dalam satu kejadian jam 6.30 petang, kelmarin.

suspek baru pulang dari memburu babi hutan bersama rakan lain dan berehat di beranda rumah sebaik selesai makan.

“mangsa yang baru selesai mandi duduk bersandar secara bertentangan dengan abangnya.

“Suspek pula sedang membersihkan dan mahu mengosongkan senapang patah seperti mana kebiasaan dia lakukan selepas keluar memburu.

Ibu mangsa berkata, ketika sedang berbual-bual, dia terkejut apabila mendengar satu letupan kuat dan diikuti suara menjerit kesakitan dari mangsa.

Menurutnya, mangsa jatuh terkulai di sisi seorang lagi anaknya lantas dia segera mendapatkan mangsa yang mengerang kesakitan dalam keadaan lemah.

“Siti Nordiana beberapa kali menjerit sakit sebelum menghembuskan nafas terakhir di pangkuan saya,” kata Saniah.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin berkata, senapang patah buatan sendiri milik suspek yang menggunakan peluru penabur meletup secara tiba-tiba dan mengeluarkan satu das tembakan.

Rabu, 27 Julai 2011

niat dan sunnah-sunnah puasa

Hanya tinggal berapa hari lagi kita akan menyambut kedatangan bulan ramadhan.Semoga kita dapat melakukan ibadah di bulan ramadhan dengan sempurna.Tulisan ni sekadar menginat semula...mana la tau ada yang dah lupa niat puasa.

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 183:

Ertinya: "Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana yang diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. " (Al-Baqarah: 183)

Niat Puasa

Lafaz niat puasa fardhu Ramadhan :


نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى

Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Lafaz niat puasa Qhada’ Ramadhan :


عن قضاء فرض رمضان لله تعالى نويت صوم غد


Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala.

Doa Ketika Berbuka Puasa


اللهم لك صمت وبك آمنت وعلى رزقك أفطرت برحمتك ياأرحم الراحمين.


Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.

Sunnah-sunnah Puasa

1. Makan sahur (antara tengah malam sehingga terbit fajar) dan mengakhirkannya adalah ebih utama
2. Menyegerakan berbuka
3. Berdoa selama berpuasa dan pada saat berbuka
4. Memberi makan orang yang berpuasa
5. Menjaga semua anggota tubuh dari dosa
6. Banyak bersedekah dan berbuat baik kepada sesama manusia
7. Mandi hadas (karena junub, suci dari haidh, suci dari nifas) sebelum terbitnya fajar
8. Banyak membaca Al-Qur’an dengan disertai tadabbur, dan banyak mempelajari ilmu-ilmu agama selama bulan Ramadhan (lalu diteruskan di bulan-bulan lain)
9. Memperbanyakkan beribadah, terutama dengan beriktikaf pada sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadhan
10. Melakukan qiyamul lail (qiyam Ramadhan) selama bulan Ramadhan

penyimbah cuka di penjara 16 tahun

TEMERLOH: Seorang buruh ladang yang menyimbah cuka getah kepada dua beradik di Felda Jengka 9, Maran, pada 19 Julai lalu, dijatuhi hukuman 16 tahun penjara dan empat sebatan selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.
Tertuduh, Mohamad Hafiz Ismail, 31, dari Felda Jengka 9 berdepan dua pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas Syafiq Haikal Mat Safa Zaidi, 13, dan adiknya Syaffiy Aiman, 10.
Hakim Dazuki Ali yang menjatuhkan hukuman lapan tahun penjara dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan kepada tertuduh, bagaimanapun mengarahkan hukuman berkenaan berjalan serentak dari tarikh dia ditahan.
Lelaki terbabit didapati menyebabkan kecederaan parah dengan menyimbah cecair dipercayai cuka getah ke atas Syafiq Haikal pada 19 Julai lalu di jalan berdekatan Felda Jengka 9 antara jam 7.30 malam hingga jam 8.30 malam.
Dia turut menghadapi tuduhan kedua iaitu melakukan perbuatan sama terhadap Syaffiy Aiman pada tarikh dan tempat sama.

kemaruk cinta kepada lelaki warga Nigeria

SHAH ALAM: Akibat kemaruk cinta kepada lelaki warga Nigeria, seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) menipu bapa sendiri kononnya dia bersama kekasihnya itu diculik dan meminta wang tebusan RM1.5 juta untuk dibebaskan.
Hasil siasatan, pasangan itu didapati sengaja mereka-reka cerita kononnya mereka diculik, sedangkan tujuan utama mereka ingin mendapatkan wang untuk kegunaan peribadi.
Gadis tempatan itu telah di reman sehingga hari ini,manakalasuspek lelaki direman sehingga sabtu depan di balai polis Kajang.

gagal mencapai tahap Jose Mourinho.

Petr Cech mendakwa pengurus kelab sebelum ini dipecat kerana gagal mencapai tahap Jose Mourinho.Kegagalan merebut sebarang trofi musim lalu, bermakna Ancelotti terpaksa disingkirkan dan Cech bersetuju dengan keadaan di dalam kem Chelsea di mana bekas pengurus itu gagal memperbaiki keadaan secepat mungkin apabila kempen menjadi begitu sukar musim lalu.
Cech adalah sebahagian daripada skuad yang me�nyertai jelajah pra musim di Asia yang sebelum ini bertandang di Malaysia dan Thailand sebelum tiba di Hong Kong di mana mereka akan bertanding dengan Aston Villa, Blackburn Rovers dan pasukan tempatan Kitchee untuk Trofi Liga Perdana Asia.
Kemenangan tipis 1-0 ke atas Malaysia diikuti 4-0 ke atas Pasukan Pilihan Thailand di mana Cech diturunkan buat pertama kali, menyifatkan Chelsea tidak cukup menyakinkan.

Selasa, 26 Julai 2011

sokongan padu untuk skuad harimau malaya

Sebanyak 60,000 tiket perlawanan kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia menentang Singapura telah dijual di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, hari ini.
Peminat bola sepak Tanahair mendapatkan tiket awal sebelum habis untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan kebangsaan dalam perlawanan timbal balik pusingan kedua Kelayakan Zon Asia Piala Dunia 2014 di Brazil menentang Singapura. Perlawanan pertama Malaysia tewas 3-5 di Singapura. Malaysia harus menjaringkan sekurang-kurangnya 2 gol tanpa bolos untuk layak ke pusingan seterusnya.
Buat pemain-pemain buktikanlah yang anda mampu bangkit di tempat sendiri....
ramalan aku malaysia 3 singapura 1.

ape pun tak boleh.,

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia.
aku masih tertanya-tanya pasal cara buat duit dengan mudah, adakah ianya betul atau pun tipu semata-mata. Kita hanya keluar modal sekali je lepas tu duit masuk tiap-tiap bulan, tak perlu jumpa orang tak perlu jual barang,hanya perlu tengok duit masuk tiap-tiap bulan. Bergantung kepada berapa RM kita masuk, banyak RM kita masuk banyak RM lah kita dapat bulan-bulan.
kalau di pikir-pikir balik memanglah tak logik, tapi ramai dah yang join. Sama ada mereka dapat duit tiap-tiap bulan ataupun  tak dapat,tu hanya orang yang join je yang tau. Kita hanya tau mereka kata dapat duit tiap-tiap bulan. Ada yang mengatakan dah balik modal dah pun.
Sekiranya ianya betul,rugi pulak aku tak join dan syabas kepada mereka yang dah join.
dan yang paling penting yang ni boleh tuju lagu.